#pokokmurungai #pohonkelor #sayurdaunkelor #manfaatdaunkelor #instafood #masaksayurkelor Daun murungai goreng kelapa atau daun kelor ini merupakan sumber protein, vitamin, dan mineral cukup tinggi. Daun kelor mengandung vitamin A, vitamin B1 (tiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niacin), vitamin B6, serta vitamin C. Daun kelor juga memiliki kandungan penting lainnya seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, fosfor, seng, serta rendah kalori. Bahkan, daun kelor juga dapat menjaga kesehatan dan kekuatan rambut. Ia nya juga di kenali sebagai makanan superfood untuk kesihatan. Jom kita lihat hingga habis bagaimana memasak superfood ini dengan cara yang mudah, ringkas dan sedap.

Bahan-bahannya:

Seberkas daun murungai atau daun kelor.
Segengam kelapa parut.
1 biji bawang merah.
1 ulas bawang putih.
4 biji cili kering.

Cara-caranya:

Asingkan atau perisi daun murungai atau daun kelor dari batangnya. Cuci bersih dan toskan atau sejat airnya. Bawang merah dan bawang putih di hiris atau di rincik nipis-nipis. Cili kering di kerat-kerat saja. Panaskan minyak, goreng bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga kekuningan. Masukkan daun murungai atau daun kelor goreng hingga kering airnya. Masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Kemudian masukkan kelapa parut , kacau dan masak hingga daun murungai dan kelapa sebati. Tadddaaa dah siap dah, dah boleh makan dah superfood ini. Mudahkan? Cuba lah.

https://www.facebook.com/norsham.ishak.904
https://www.instagram.com/ishaknorsham/

#ilovemyself #amazingfoodvideo #yummyfood #tastyfood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X